ARTIKEL

PKP: Lelaki ditahan hina polis di media sosial

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga tempatan yang bertindak mengeluarkan kenyataan menghina polis di laman media Facebook diberkas di Bandar Samariang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani mengesahkan suspek berusia 23 tahun itu ditahan di rumahnya sekitar jam 10.40 pagi.

Menurutnya, kenyataan suspek berbaur penghinaan terhadap pihak penguatkuasa telah tersebar di laman media sosial tempoh hari.

“Hasil siasatan mendapati suspek telah mengeluarkan kenyataan dan komen tidak berpuas hati terhadap perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

“Selain itu, suspek turut bertindak menghina pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan RELA di dalam laman Facebooknya,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, katanya, suspek telah ditangkap di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan bersama Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1988.

Dedahnya, suspek merupakan pekerja di sebuah syarikat penapis air.

Ujarnya, kes masih lagi dalam siasatan.

BERITA LAIN

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

Hajat belum ternoktah

DUA kekalahan dan satu seri dalam tiga perlawanan awal Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) pastinya bukan permulaan yang diharapkan Kuching City FC, namun perjalanan The