ARTIKEL

PKPD di Kampung Sebako, Lundu bermula esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini memutuskan agar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Sebako, Lundu selepas mencatatkan 31 kes positif Covid-19 dalam tempoh 14 hari.

Menerusi satu kenyataan, JPBN berkata, keputusan itu dibuat ekoran kes positif di Daerah Lundu semakin meningkat.

“Maka, JPBN memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Kampung Sebako, Lundu berkuat kuasa esok 6 Februari (12.01 pagi) hingga 19 Februari 2021 (11.59 malam).

“Dalam pada itu, PKPD Kampung Sungai Ud dan Kampung Sungai Ud Hilir, Daerah Dalat, Mukah dilanjutkan mulai 10 Februari (12.01 pagi) hingga 16 Februari 2021 (11.59 malam),” katanya.

Sementara itu, JPBN menambah, Daerah Kuching di Bahagian Kuching telah kembali ke status jingga daripada merah setelah merekodkan hanya 35 kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari yang lalu.

“Daerah Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus merah dengan sejumlah 1,929 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lapan buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Matu, Sri Aman, Selangau, Bau, Lundu, Subis dan Betong juga kekal berstatus jingga dengan 186 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lalu,” jelasnya.

Katanya, Daerah Sarikei, Daro, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu, dan Samarahan kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 132 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Manakala sembilan daerah lain masih kekal berstatus hijau,” ujarnya.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali