ARTIKEL

PKR Sarawak sedia bantu mohon warganegara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak melalui 31 cabangnya bersedia membantu rakyat negeri ini untuk membuat permohonan kewarganegaraan.

Ahli Majlis Pimpinan PKR Abun Sui Anyit berkata, sesiapa yang masih menghadapi masalah ketiadaan kad pengenalan dan sijil lahir perlu tampil ke depan membuat permohonan baharu.

“PKR Sarawak bersedia membantu rakyat negeri ini khususnya mereka di kawasan pedalaman untuk datang ke JPN terdekat.

“Semua data dan maklumat yang dikumpul akan dibawa ke Pejabat Menteri Dalam Negeri oleh wakil PKR Sarawak untuk tindakan lanjut jawatankuasa khas tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, usaha berterusan itu dilakukan sehingga tiada lagi pihak yang layak masih tidak mempunyai taraf kewarnegaraan di negara ini.

“Mereka juga dinasihat membawa resit permohonan lama kepada Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat,” tambahnya.

Menurutnya, inisiatif itu sejajar dengan penubuhan satu jawatankuasa khas untuk menangani isu ketiadaan kad pengenalan dan sijil lahir taraf warganegara Malaysia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,