ARTIKEL

PM Anwar dijadual adakan pertemuan dua hala dengan Justin Trudeau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAN FRANCISCO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Justin Trudeau di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di sini pada Jumaat.

Pertemuan itu adalah atas permintaan Kanada.

Jumlah dagangan antara Malaysia dan Kanada pada 2022 ialah RM10.35 bilion (US$2.35 bilion), meningkat 4.2 peratus daripada RM9.93 bilion (US$2.39 bilion) yang direkodkan pada 2021.

Pada 2023, Putrajaya dan Ottawa meraikan 66 tahun hubungan diplomatik rasmi.

Selepas pertemuan itu, Anwar dijangka menyertai Pemukiman Pemimpin Ekonomi APEC (Sesi II). Hari ini merupakan hari terakhir Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2023 yang dihoskan oleh Amerika Syarikat.

Perdana Menteri kemudian dijadualkan menunaikan solat Jumaat di Pusat Islam San Francisco. Beliau juga akan bertemu pemimpin teknologi Muslim Amerika.

Sebelum pulang ke Malaysia, Anwar akan bertemu diaspora dan pelajar Malaysia pada acara makan malam semalam.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU