ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sewaktu hadir pada Mesyuarat Pembangunan Daerah Petaling di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz.

PM Anwar Hadir Mesyuarat Pembangunan Daerah Petaling Di Shah Alam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Pembangunan Daerah Petaling di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini, yang memberikan tumpuan kepada usaha menyelaras penyelesaian terhadap pelbagai isu pelaksanaan pada peringkat daerah dan negeri.

Mesyuarat lebih sejam itu turut dihadiri Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, barisan exco kerajaan negeri serta pegawai kanan daerah.

Antara yang dibincangkan ialah isu yang dibangkitkan dalam titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini, termasuk pengurusan sisa pepejal, isu penternakan babi dan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).

Mesyuarat itu turut menyentuh isu infrastruktur termasuk keadaan jalan raya yang rosak, keperluan memperkukuh langkah tebatan banjir serta usaha menangani kemiskinan, khususnya kemiskinan bandar. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU