ARTIKEL

PM Anwar Rafak Sembah Ucapan Tahniah Ulang Tahun Sultan Brunei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merafak sembah ucapan tahniah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang ke-80.

Menerusi hantaran Facebook, Perdana Menteri mewakili kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku kekal qarar (karar) memerintah negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

“Semoga hubungan dan kerjasama (antara) Malaysia dengan negara Brunei Darussalam terus diperkukuh demi manfaat kedua-dua negara serta rakyat keseluruhannya, insya-Allah,” kata beliau.

Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967.

Baginda ialah pemerintah monarki yang paling lama bertakhta di dunia selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada Sept 2022. -BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU