ARTIKEL

Kredit: Bernama

PM Anwar sampaikan salam hormat Yang di-Pertuan Agong kepada Putin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan salam hormat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Presiden Rusia Vladimir Putin pada pertemuan dua hala di sini hari ini.

“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyampaikan salam hormat baginda,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut mengulangi jemputan Yang di-Pertuan Agong kepada Putin untuk melakukan lawatan negara ke Malaysia.

Sultan Ibrahim yang menaiki takhta Persekutuan pada 31 Jan 2024 telah melakukan tiga lawatan ke Rusia atas jemputan Putin.

Baginda melakukan lawatan negara sulung ke Rusia pada Ogos 2025, diikuti lawatan khas ke Saint Petersburg pada Januari 2026.

Pada Mei tahun ini, baginda berlepas ke Moscow menjelang sambutan Hari Kemenangan Rusia pada 9 Mei. — Bernama

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke