ARTIKEL

PM baharu Singapura, Lawrence Wong (tengah), mengumumkan beberapa pelantikan baharu bagi Kabinet Kerajaannya. - Kredit: X

PM Singapura, Lee Hsien Loong serah surat peletakan jawatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, hari ini menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam sambil memaklumkan beliau dan kerajaannya akan melepaskan tampuk kepimpinan pada Rabu, lapor Xinhua.

Dalam surat tersebut, Lee menasihatkan presiden untuk melantik Lawrence Wong bagi membentuk kerajaan seterusnya.

Tharman menerima peletakan jawatan Lee dan berkata beliau akan melantik Wong sebagai Perdana Menteri dan menjemputnya membentuk kerajaan baharu.

Gan Kim Yong dan Heng Swee Keat akan menggalas jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan baharu, umum Wong pada satu sidang media.

Gan akan kekal sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan selain menggantikan Wong sebagai Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura.

Lee dan Teo Chee Hean akan menjadi Menteri Kanan dalam kabinet baharu, kata Wong yang turut mengekalkan portfolionya sebagai Menteri Kewangan.  – BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU