ARTIKEL

Pokok durian 24 kaki hempap rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUBOK ANTU: Pohon durian setinggi 24 kaki yang rebah dan menghempap sebuah kediaman di Jalan Mohd Undan, Kampung Melayu dekat sini berjaya dialihkan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Betong Henry Jugah memberitahu, pihaknya dimaklumkan oleh pengadu, Faridah Abdullah tentang insiden kira-kira 9.39 pagi.

“Lalu tujuh anggota pasukan Bravo diketuai Abang Jamadilhir Abang Mostafa digegaskan ke lokasi dan sebaik tiba, didapati pohon durian menghempap bumbung rumah,” katanya dihubungi lanjut, semalam.

POHON durian yang rebah dan menghempap sebuah kediaman di Jalan Mohd Undan, Kampung Melayu Lubok Antu, semalam.

Jelasnya, operasi terus dijalankan menggunakan tali penyelamat bagi mengikat pokok tersebut agar dapat ditarik, dan satu unit gergaji berantai digunakan untuk memotong.

“Selepas 31 minit, pohon durian tersebut berjaya dialihkan dengan selamat,” ujarnya.

Terdahulu kata Henry, Faridah yang bimbang keselamatan keluarganya tidak teragak-agak meminta bantuan bomba.

Beliau mengingatkan orang ramai agar peka dengan keadaan sekeliling kerana selain banjir, musim tengkujuh yang melanda turut mengundang risiko lain seperti kejadian pokok tumbang.

“Mungkin kes sebegini kurang berlaku menyebabkannya tidak begitu diendahkan.

Namun, harus diingat keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini mungkin menyebabkan ada pokok berhampiran kediaman yang mengundang bahaya.

“Justeru, amat penting keadaan dinilai.

Jika dirasakan bahaya, tebang awal supaya tidak mengundang insiden lebih buruk seperti menimpa rumah.

Malang tidak berbau,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU