ARTIKEL

Anggota bomba mengalih pokok tumbang di San San Garden, Bintulu, bagi kelancaran aliran trafik.

Pokok tumbang ganggu aliran trafik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebatang pokok yang tumbang di San San Garden, Jalan Sultan Iskandar di sini, mengganggu aliran trafik tengah hari tadi.

Anggota bomba mengalih pokok tumbang di San San Garden, Bintulu, bagi kelancaran aliran trafik.

Namun tindakan pantas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu berjaya menyelesaikan situasi dalam masa kurang 30 minit.

Menurut kenyataan BBP Bintulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.58 petang daripada seorang wanita, Puan Khien.

Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 1.06 petang dan segera memulakan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok menggunakan gergaji rantai.

“Pasukan kami memastikan laluan dapat dibuka semula dengan segera bagi mengelakkan kesesakan trafik,” kata jurucakap BBP Bintulu.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.30 petang, dan laluan kembali selamat untuk digunakan.

Kejadian itu, bagaimanapun, tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda lain.

Sebanyak dua jentera dengan kekuatan 10 anggota dikerahkan ke lokasi, diketuai oleh PBK II Sat Rawing.

Pasukan turut dibantu oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Pihak bomba mengingatkan orang ramai agar melaporkan kejadian seperti ini kepada pihak berkuasa bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan