ARTIKEL

Polis akan lakukan sekatan jalan raya dilokasi panas Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis bakal menjalankan semula Sekatan Jalan Raya(SJR) di beberapa kawasan termasuk lima lokasi yang telah dikenal pasti sebagai kawasan panas penularan wabak Covid-19 di Sarawak.

Perkara tersebut disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Menurutnya, tarikh penetapan operasi SJR itu bagaimanapun masih belum ditetapkan sehingga menunggu Mesyuarat Penyelarasan Mendirikan SJR yang akan diadakan 28 Julai 2020.

“SJR akan didirikan di Sarawak di beberapa lokasi tertentu dimana setakat ini kita baru sahaja telah menetapkan lima kawasan untuk operasi terbabit.

“Jumlah sebenar SJR yang akan didirikan serta jumlah kekuatan anggota terlibat belum dipastikan lagi,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang ingin berurusan berkaitan permohonan rentas sempadan dinasihatkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu menerusi panggilan telefon di balai polis berdekatan.

Tegasnya, tindakan itu bagi memastikan kehadiran orang ramai ke balai polis dapat dikawal dengan baik serta mematuhi prosedur operasi standard(SOP) yang disarankan oleh kerajaan.

“Di samping itu, pihak polis juga bersedia mengawal dan mengatur kehadiran orang ramai termasuk menyediakan tempat seperti khemah yang sesuai untuk menunggu serta tempat duduk dengan penjarakan sosial yang ditetapkan,” tambahnya lanjut.

Aidi selain itu turut menegaskan pihaknya akan menahan mana-mana individu ingkar dan melakukan aktiviti terlarang dalam memastikan penularan Covid-19 dapat dibendung dengan baik.

“Kita turut mempergiatkan tindakan kompaun serta rondaan pemantauan secara berterusan yang terdiri daripada pasukan khas bagi mengesan mana-mana individu ataupun premis yang didapati melanggar pematuhan SOP ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

BERITA TERBARU

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan