ARTIKEL

Polis bantuan maut dalam kemalangan rempuh trak pikap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANDAR PERMAISURI: Seorang anggota polis bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut apabila kereta dipandunya merempuh sebuah trak pikap yang berhenti selepas melanggar sekawan lembu di kilometer 57 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat Kampung Rhu Sepuluh, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu Supt Mohd Zain Mat Dris berkata dalam kejadian 6.42 pagi itu, mangsa Che Mohd Nasir Jaafar, 56, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Hilux dipandu seorang anggota bomba berusia 45 tahun telah melanggar sembilan ekor lembu yang berada di atas jalan raya, ekoran keadaan persekitaran masih gelap.

“Kejadian itu menyebabkan kenderaan berkenaan memasuki laluan bertentangan dan pemandunya keluar untuk membuat kawalan. Namun selang beberapa minit, datang kereta Honda Civic dipandu mangsa dari arah bertentangan dan melanggar Toyota Hilux secara berhadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat manakala tujuh ekor lembu mati akibat dilanggar pemandu Toyota Hilux berkenaan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah