Polis buru Ato untuk bantu kes bunuh di Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki warga Indonesia kini menjadi buruan polis bagi membantu siasatan terhadap kes bunuh kejam seorang lelaki berusia 20 tahun di sebuah bilik sewa Bandar Riyal, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata, suspek dikenali sebagai Ato, berusia 30-an yang berasal Singkawang, Kalimantan Barat Indonesia bagaimanapun masih bebas dan gagal dikesan selepas kejadian.

Jelasnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan suspek diminta untuk segera menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Samarahan (082-662300) ataupun kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Samarahan, ASP Abdul Rahim Abdullah di talian 013-8000777.

KERJASAMA… Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern meminta orang ramai yang mempunyai maklumat suspek tampil membuat laporan kepada pihak polis