ARTIKEL

Polis cari Hamzah dan Rafizi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sedang mengesan dua lelaki yang dikehendaki bagi siasatan melibatkan kes di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (Samun).

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata kedua-dua individu itu dikenali sebagai Hamdzah Mohammad @ Hamzah Cina, 46, dan Muhammad Rafizie Saharie @ Rafizi, 39.

Hamzah beralamat di Lorong 7A, No 250 Taman Malihah Matang dan Rafizi di No 271-A Kampung Tabuan Hilir.

“Orang ramai dialu-alukan untuk tampil memberi kerjasama jika mempunyai maklumat berkenaan kedua-dua individu ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohammad Zairi Jamaludin di talian 012-5210064 atau menghubungi balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU