Trending

Polis diseru pertingkatkan keupayaan berdepan pembangunan pesat di Kota Samarahan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KOTA SAMARAHAN: Polis harus mempertingkatkan keupayaan mereka ketika berdepan perubahan senario ekoran pembangunan sosial dan ekonomi yang pesat di Kota Samarahan. 

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata, Kota Samarahan menjadi daerah yang semakin pesat membangun, justeru memerlukan polis untuk bersiap siaga sepanjang masa.

Brodie (empat kiri) merakam gambar kenangan bersama hadirin sempena Peringatan Hari Ulang Tahun Ke-216 di IPD Kota Samarahan, di sini hari ini.

“Dengan pertumbuhan pesat pembangunan kawasan perumahan, jalan raya dan jumlah penduduk, polis perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai situasi. 

“Apabila pembangunan amat ketara, kadar jenayah cenderung untuk meningkat,” katanya pada Peringatan Hari Polis Ke-216 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah kenderaan akan terus meningkat di daerah ini kerana menjadi laluan ulang alik bagi penduduk di Serian dan Simunjan ke Kuching justeru akan berlakunya kemalangan jalan raya. 

Beliau memberitahu, kemalangan motosikal antara penyumbang utama kemalangan maut. 

“Pada tahun 2023, sejumlah 210 kemalangan jalan raya dengan tujuh kematian, tiada kecederaan parah dan empat cedera ringan.

“Majoriti kemalangan jalan raya mengakibatkan kenderaan rosak,” katanya.
 
Dalam pada itu, Brodie turut menasihatkan orang ramai untuk menambah kunci tambahan pada motosikal mereka. 

Beliau mendedahkan, sebanyak 46 kes kecurian motosikal dilaporkan pada tahun ini berbanding 27 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2022 dengan penambahan 19 kes.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru