Empat lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, suspek lelaki berumur lingkungan antara 30 hingga 52 tahun sementara suspek wanita berumur 33 itu ditahan pada 18 Mei lalu.
Kesemua suspek ditahan kira-kira jam 11 pagi di kawasan perumahan yang terletak di Taman Shang, Miri.
Hasil pemeriksaan, pihak polis menjumpai tiga paket plastik lut sinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 102.25 gram berjumlah RM10,225.






