ARTIKEL

DADAH…Antara dadah yang dirampas bernilai kira-kira RM1.35 juta menerusi empat serbuan berasingan di sekitar Kuching dan Padawan, baru-baru ini.

Polis lumpuhkan sindiket edar syabu RM1.35 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penahanan seorang penghantar dadah membawa kepada pembongkaran lokasi penyimpanan syabu bernilai kira-kira RM1.35 juta menerusi empat serbuan berasingan di sekitar Kuching dan Padawan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, operasi berkenaan sekali gus melumpuhkan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif di kawasan berkenaan.

Katanya, operasi dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bermula pada 3 Julai, kira-kira 4.35 petang hingga 12.30 tengah malam keesokan hari.

“Pasukan berjaya menahan tujuh suspek berusia 25 hingga 46 tahun terdiri daripada tiga lelaki tempatan, seorang wanita tempatan, dua lelaki Indonesia dan seorang wanita Indonesia,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Alexson, serbuan pertama di Prima Homes, Jalan Matang, membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun bersama dengan rampasan 60.5 gram methamphetamine.

Berdasarkan maklumat susulan, polis menyerbu sebuah pangsapuri di P Residence, Jalan Batu Kawa dan menahan lima lagi suspek.

“Suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun, seorang wanita tempatan berusia 44 tahun, dua lelaki Indonesia berusia 37 dan 46 tahun serta seorang wanita Indonesia berusia 34 tahun.

“Pemeriksaan juga menemukan 5.45 gram methamphetamine,” katanya.

Sementara itu, serbuan ketiga di hadapan premis perniagaan di Jalan Setia Raja, Stutong, membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun bersama dengan rampasan 5.3 kilogram methamphetamine.

Susulan itu katanya, serbuan keempat di sebuah pangsapuri di Jalan Tabuan Tranquility menemukan 21.6 kilogram lagi methamphetamine yang dipercayai disimpan sebagai bekalan sindiket.

“Secara keseluruhan, sebanyak 26,965.95 gram methamphetamine dirampas dengan anggaran nilai RM1.35 juta, yang dipercayai mampu membekalkan kira-kira 134,500 penagih.

“Siasatan awal mendapati ahli sindiket berperanan sebagai penghantar dadah dengan menerima upah antara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan.

“Mereka menggunakan kaedah penyerahan tanpa pertemuan, iaitu meninggalkan bekalan dadah di lokasi yang ditetapkan sebelum diambil oleh pelanggan tanpa berlaku sebarang pertemuan secara bersemuka,” katanya.

Dalam pada itu kata Alexson, ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki tempatan berusia 25 dan 43 tahun serta seorang lelaki dan seorang wanita Indonesia positif amphetamine dan methamphetamine.

Semua suspek katanya, tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Polis turut menyita sebuah motosikal Yamaha NVX bernilai kira-kira RM10,500 dan sebuah kereta Proton Wira bernilai RM6,000 mengikut Akta Dadah Berbahaya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, atau jika tidak dijatuhkan hukuman mati, sebatan tidak kurang daripada 12 kali,” jelas beliau.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang