ARTIKEL

Datuk Ding Kuong Hiing menerima kehadiran DSP Tansli Mering di Pusat Khidmat DUN Meradong pada Rabu.

Polis Meradong komited perangi jenayah walaupun terkawal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR : Polis Meradong terus fokus dalam usaha memerangi jenayah, meskipun jumlah kes yang dilaporkan di daerah itu terkawal.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering berkata, sehingga kini, sebanyak 48 kes jenayah direkodkan di daerah berkenaan dengan majoritinya melibatkan 42 kes berkaitan penyalahgunaan dadah.

Meskipun statistik menunjukkan keadaan masih dalam kawalan katanya, polis Meradong tetap mempergiatkan usaha membanteras jenayah demi kesejahteraan masyarakat.

“Namun begitu, pelbagai kekangan dihadapi pihak IPD dalam melaksanakan tugas termasuk masalah infrastruktur dan sebagainya” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kunjungan hormat ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing hari ini.

Antara isu penting yang dibangkitkan – keadaan bangunan IPD yang usang, jalan rosak di kawasan kuarters polis, kekurangan lampu jalan serta taman permainan yang tidak diselenggara dengan baik.

Lebih membimbangkan, Cawangan Narkotik IPD Meradong hanya mempunyai dua anggota yang terpaksa menggalas beban tugas yang besar dalam membanteras jenayah dadah di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menzahirkan komitmen untuk membantu pihak polis dengan membangkitkan isu berkaitan keselamatan dan kemudahan IPD.

“Saya juga menyatakan kesediaan untuk membantu IPD melalui peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) termasuk pemasangan lampu solar, pembaikan jalan di kuarters, serta menaik taraf taman permainan dan pejabat IPD yang usang,” katanya.

Kuong Hiing turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes jenayah siber khususnya penipuan atas talian yang kian membimbangkan penduduk luar bandar.

Beliau menegaskan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan pihak polis, mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu tersebut.

“Kerjasama erat ini dijangka mampu memberikan impak positif dalam usaha membina komuniti yang lebih selamat, harmoni dan sejahtera,” tambahnya.

BERITA LAIN

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

BERITA TERBARU

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan