ARTIKEL

Polis Meradong Tingkat Usaha Cegah Jenayah, Lapan Saman Dikeluarkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Meradong terus mempergiat usaha pencegahan jenayah menerusi operasi bersepadu di beberapa lokasi dikenal pasti sebagai titik panas di daerah ini kelmarin.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, operasi itu dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran anggota polis serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin.

Menurutnya, operasi berkenaan dijalankan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dengan penglibatan seramai 16 pegawai dan anggota daripada pelbagai cawangan.

Katanya, antara aktiviti utama operasi termasuk rondaan berkereta, pemeriksaan individu dan kenderaan serta sekatan jalan raya di lokasi strategik.

“Pemeriksaan turut dijalankan di beberapa laluan utama termasuk pintu masuk ke Bintangor,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sepanjang operasi itu, polis memeriksa 85 individu dan 77 kenderaan.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada tangkapan atau rampasan direkodkan.

Bagaimanapun, polis mengeluarkan lapan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan sepanjang operasi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU