ARTIKEL

TAHAN… Antara kenderaan yang disita semasa operasi membanteras aktiviti samseng jalanan di sekitar Miri dari malam Selasa hingga awal pagi Rabu.

Polis Miri keluarkan 95 saman dalam operasi samseng jalanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Polis mengambil tindakan tegas dalam membanteras aktiviti samseng jalanan apabila 95 saman dikeluarkan dan 10 motosikal disita menerusi operasi khas yang dijalankan di beberapa lokasi strategik sekitar bandar ini dari malam Selasa hingga awal pagi Rabu.

TAHAN… Antara kenderaan yang disita semasa operasi membanteras aktiviti samseng jalanan di sekitar Miri dari malam Selasa hingga awal pagi Rabu.
TAHAN… Antara kenderaan yang disita semasa operasi membanteras aktiviti samseng jalanan di sekitar Miri dari malam Selasa hingga awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Miri, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, operasi yang bermula pada jam 6 petang hingga 3 pagi itu digerakkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dengan sokongan anggota Balai Polis Pusat Miri.

Menurut beliau, tumpuan operasi adalah di Jalan Piasau, Jalan Pujut, Jalan Tanjong, Jalan Miri By Pass serta kawasan Marina yang dikenal pasti sering menjadi lokasi perhimpunan dan aktiviti berisiko melibatkan penunggang motosikal.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 82 individu tempatan terdiri daripada 72 lelaki dan 10 wanita, bersama 55 motosikal, telah diperiksa sepanjang operasi dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelbagai kesalahan trafik dikesan termasuk lesen kenderaan tamat tempoh, tiada nombor pendaftaran, penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, menunggang tanpa lesen memandu, pengubahsuaian ekzos serta ketiadaan cermin sisi.

Selain itu, katanya, seorang penunggang motosikal tempatan berusia 22 tahun ditahan di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikalnya.

“Sebanyak 10 motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohd Farhan menambah, penguatkuasaan akan terus diperkasa bagi mengekang kegiatan samseng jalanan yang mengancam keselamatan awam dan ketenteraman penduduk, khususnya pada waktu malam.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang trafik, tidak mengubah suai kenderaan sesuka hati serta mengelakkan perhimpunan di tepi jalan yang boleh menyebabkan kesesakan, gangguan bunyi dan risiko kemalangan.
“Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Sikap cuai dan tidak berdisiplin boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya lain,” katanya.

Operasi seumpama ini akan dilaksanakan secara berterusan oleh Polis Diraja Malaysia sebagai langkah pencegahan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti di Miri, menurutnya.

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU