ARTIKEL

Polis Miri periksa 10 individu, dua positif dadah di pusat hiburan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Dua daripada 10 individu yang diperiksa dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan dekat Subis didapati positif dadah menerusi ujian saringan awal air kencing, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kedua-dua individu yang merupakan pelanggan premis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, operasi serbuan dan pemeriksaan itu dijalankan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada 18 Oktober lalu.

“Seramai 10 individu terdiri daripada lelaki dan wanita diperiksa dalam operasi tersebut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dua pelanggan positif dadah sebelum kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Mohd Farhan merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas kerjasama dan maklumat yang disalurkan sehingga membantu menjayakan operasi berkenaan.

Katanya, polis akan terus mempergiat pemantauan dan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa, khususnya di premis hiburan bagi membanteras penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memastikan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan atau pengedaran dadah diminta menghubungi Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di talian 017-592 9211,” katanya.

BERITA LAIN

Kes sumbang mahram: Bapa tiri dihukum penjara

SRI AMAN: Seorang bapa tiri yang disabitkan atas dua pertuduhan sumbang mahram terhadap anak tirinya berusia 16 tahun bukan sahaja dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan,

BERITA TERBARU

Kes sumbang mahram: Bapa tiri dihukum penjara

SRI AMAN: Seorang bapa tiri yang disabitkan atas dua pertuduhan sumbang mahram terhadap anak tirinya berusia 16 tahun bukan sahaja dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan,