ARTIKEL

Desmond Irang Julia

Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak lelaki hilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah meminta bantuan dan kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kehilangan tersebut pada 1.59 tengah hari, semalam.

“Orang hilang (OH) dikenali sebagai Desmond Irang Julia dan beralamat di Rumah Lang, Nanga Meruan, Dijih, Selangau.

“OH terakhir dilihat pada 5 petang, Selasa lalu dan tidak berbaju serta tidak berkasut, hanya memakai seluar panjang berwarna kelabu,” katanya dalam satu kenyataan, pagi ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan OH, boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Muhammad Nur Afiq Mohd Nur Azmi di talian 013-4874838 atau Pusat Kawalan IPD Mukah 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan