ARTIKEL

Easter Agnes David.

Polis Mukah kesan dua remaja perempuan hilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Polis Daerah Mukah memohon bantuan orang ramai untuk mengesan dua remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias, berkata remaja berkenaan dikenali sebagai Easter Agnes David dan Frocilea Rajok Jessica.

Frocilea Rajok Jessica.

“Kali terakhir Easter dilihat memakai baju lengan pendek berkolar bulat berwarna oren, seluar panjang putih dan selipar hitam.

“Manakala, Frocilea memakai baju lengan pendek berkolar bulat berwarna hijau dan putih, seluar panjang hitam serta selipar putih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rizal berkata kedua-duanya merupakan rakan sekolah dan kali terakhir dilihat di bandar Mukah pada jam 1.30 tengah hari, 7 Jun lalu, oleh ibu mereka.

“Mereka dipercayai meninggalkan rumah kerana tidak mahu mendaftar masuk ke asrama serta mengikut rakan lain.

“Usaha mencari telah dijalankan di sekitar bandar Mukah, namun tidak ditemui. Telefon bimbit mereka juga tidak dapat dihubungi,” katanya lagi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan atau penemuan kedua-dua remaja ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Alexander Constontine, di talian 013-5073256 atau 084-871222, atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU