ARTIKEL

Tamrin (tengah) bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan berkaitan catatan di blognya bertajuk ‘10 tahun lagi, DAP akan jadi Tuan’ pada 4 April lepas.

Polis rakam keterangan Mohd Tamrin di Bukit Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar, hari ini memberi keterangan kepada polis berkaitan catatan di blognya pada 4 April.

Mohd Tamrin hadir memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman kira-kira 10.30 pagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

“Kita telah ambil keterangan daripada beliau (Mohd Tamrin) pada 10.30 pagi tadi dan akan lengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Tamrin, 74, yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba, menerima panggilan telefon daripada polis berhubung siasatan membabitkan catatan di blognya yang “meramalkan” masa depan orang Melayu dalam tempoh 10 tahun akan datang. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU