ARTIKEL

Polis rampas mercun, bunga api berjumlah RM80,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dijual tanpa tanpa permit sah di perkarangan tempat letak kereta Bandar Baru Semariang, di sini semalam.

Serbuan sekitar jam 4 petang itu dilakukan oleh pasukan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM80,000.

“Dalam operasi ini, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berumur 25,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Tegasnya, peniaga atau individu haruslah memiliki permit untuk menjual mercun dan bunga api yang dibenarkan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU