ARTIKEL

Polis Sarawak buat persiapan awal untuk kelancaran PRK Dun Jepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Polis Kontinjen Sarawak telah membuat persiapan awal untuk memastikan proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Jepak berjalan dengan lancar. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, perancangan tersebut membabitkan penugasan anggota yang ditugaskan sepanjang PRK tersebut.

Bagaimanapun, katanya jumlah anggota yang bertugas akan diputuskan dalam masa yang terdekat.

“Setakat ini kita belum putuskan jumlah dan kekuatan anggota kita.

“Dalam minggu ini akan membuat keputusan kekuatan sumber manusia untuk PRK Dun Jepak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai tarikh hari mengundi bagi PRK DUN Jepak.

Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 21 Oktober sementara hari mengundi awal pada 31 Oktober dengan tarikh writ pada 25 September.

Beliau berkata, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 21 Oktober sehingga jam 11.59 malam, 3 November.

Katanya, Balai Raya Kampung Jepak, Bintulu akan digunakan sebagai Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU). 

“Sebanyak 14 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 45 tempat mengundi/ saluran dan satu pusat mengundi awal yang mengandungi satu tempat mengundi/ saluran awal akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 15 buah dengan 46 tempat mengundi/ saluran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara Azmi berkata, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK DUN Jepak adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun 2023 yang dikemaskini sehingga 15 September 2023. 

Jelasnya, DPPR ini mengandungi seramai 22,804 orang pemilih yang terdiri daripada 22,761 orang pengundi biasa dan 43 orang anggota polis. 

Tambahnya, DPPR bagi PRK DUN Jepak akan mula dijual pada 16 Oktober 2023, hari Isnin.

Katanya lagi, para pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan
https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018/ 7218/ 7124 atau melalui aplikasi MySPR Semak. 

Beliau berkata, semakan maklumat pengundian akan dibuka pada 16 Oktober 2023. 

LAIN-LAIN BERITA

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

BERITA TERBARU