ARTIKEL

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah. Gambar fail.

Polis Sarawak hantar 1,031 anggota bantu PRN Sabah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 1,031 pegawai dan anggota polis Sarawak akan digerakkan ke Sabah bagi membantu kelancaran Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijadual berlangsung pada Jumaat ini.

Ketua Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, berkata kira-kira 200 anggota sudah berada di Sabah manakala selebihnya dijadualkan berlepas esok menggunakan penerbangan komersial.

Beliau berkata langkah itu penting untuk memastikan perjalanan proses pilihan raya berjalan dengan lancar, teratur dan selamat.

“Kita komited memastikan segala persiapan berada pada tahap terbaik dan pasukan juga sudah bersedia untuk membantu dari segi kawalan keselamatan dan pergerakan orang ramai,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di sini, hari ini.

PRN Sabah dijangka melibatkan pelbagai agensi bagi memastikan operasi logistik, keselamatan dan pengurusan pusat mengundi dapat dijalankan dengan efisien.

Pilihan raya negeri kali ini menyaksikan 596 calon bertanding untuk merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tempoh berkempen bermula 15 Nov lepas dan akan berakhir pada 11.59 malam Jumaat ini. Pengundian awal telah diadakan semalam manakala hari mengundi ditetapkan pada Sabtu ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU