ARTIKEL

Dua lelaki berusia 24 dan 27 tahun yang terlibat dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu dan tidak puas hati di hadapan sebuah kedai makan di Pasar Kenyalang Park, awal pagi Ahad lalu.

Polis siasat insiden pergaduhan dua lelaki di Pasar Kenyalang Park

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gara-gara cemburu dan tidak puas hati, dua lelaki cedera selepas pertengkaran mulut di antara mereka bertukar menjadi pergaduhan fizikal di hadapan sebuah kedai makan di Pasar Kenyalang Park, di sini, awal pagi Ahad lalu.

Kejadian kira-kira 4 pagi pada 18 Oktober itu melibatkan dua lelaki berusia 24 dan 27 tahun sebelum pergaduhan berkenaan berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Anak Chabu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada Isnin (19 Oktober), susulan penularan rakaman video berdurasi satu minit 13 saat di media sosial.

“Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perasaan cemburu dan tidak puas hati sehingga mencetuskan pertengkaran mulut sebelum bertukar menjadi pergaduhan fizikal,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki terbabit mengalami kecederaan akibat pergaduhan tersebut, namun keadaan berjaya dikawal selepas orang awam tampil meleraikan mereka.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh-gempar di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, Alexson menasihati orang ramai supaya tidak bertindak di luar batasan undang-undang serta mengelakkan sebarang pertengkaran yang boleh mencetuskan pergaduhan di tempat awam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444 atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Logeswara di talian 018-2914239 bagi membantu siasatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU