ARTIKEL

TAHAN....Lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, semalam.

Polis tahan buruh disyaki salah guna dadah di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seorang buruh tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di hadapan sebuah rumah pekerja syarikat pengangkutan di Jalan Jebungan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, suspek, 36, ditahan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah lebih kurang 11 pagi.

“Pemeriksaan yang dijalankan menjumpai satu keratan tiub straw lut sinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu di dalam simpanan suspek.

“Anggaran berat dadah yang dijumpai adalah sekitar 0.47 gram dengan anggaran nilai RM110,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Rizal, suspek serta barang kes dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut dan ujian urin mendapati suspek negatif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman selama dua hari sehingga 19 Disember bagi melengkapkan siasatan.

Sehubungan itu, Rizal menegaskan bahawa IPD Mukah komited dalam usaha membanteras segala aktiviti penyalahgunaan dadah.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah boleh menghubungi talian hotline IPD Mukah di 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan