ARTIKEL

DADAH…Dua lelaki tempatan ditahan dalam satu serbuan di Kampung Siga, Siburan, awal pagi tadi.

Polis tahan dua lelaki disyaki edar syabu di Siburan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan dadah susulan rampasan syabu dalam satu serbuan di Kampung Siga, Siburan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, serbuan dijalankan sekitar jam 1.30 pagi hasil maklumat risikan berhubung pergerakan mencurigakan di kawasan berkenaan.

“Kedua-dua suspek berusia 24 dan 30 tahun ditahan di sekitar kampung tersebut bagi membantu siasatan berkaitan penyimpanan dan pengedaran dadah.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan dadah disyaki jenis syabu dengan berat keseluruhan 5.61 gram yang dipercayai untuk kegunaan sendiri dan berkemungkinan diedarkan kepada pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Irwan berkata, penahanan itu berjaya menghalang kegiatan dadah daripada terus menular di kawasan luar bandar yang sebelum ini dikenal pasti sebagai antara lokasi berisiko.

Justeru, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah, selain Seksyen 12(2) bagi kesalahan memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

“Kedua-dua suspek telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut termasuk ujian saringan air kencing serta siasatan bagi mengenal pasti rangkaian pembekal yang terlibat.

“Usaha membanteras dadah akan terus dipertingkatkan khususnya di kawasan kampung seperti Kampung Siga, Siburan,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa mengekang kegiatan dadah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU