ARTIKEL

SUSPEK kes curi perkakas rumah di Kabong yang ditangkap Rabu.

Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat kes curi di Kabong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes kecurian berasingan di Kabong dalam tempoh selang sehari, membabitkan kerugian keseluruhan dianggarkan RM10,800.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang bekerja sebagai buruh dan ditahan pada Rabu.

Menurutnya, suspek ditahan bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan curi mengikut Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku memecah masuk sebuah rumah pekerja warga Indonesia yang turut dijadikan tempat penyimpanan peralatan pembinaan milik sebuah syarikat.

“Suspek mengaku mengambil empat batang paip berukuran empat inci dengan panjang 20 kaki, 29 keping atap dan dua guni simen,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Bagaimanapun, suspek tidak mengaku mencuri beberapa barangan lain seperti yang dilaporkan pengadu, termasuk generator, motosikal, mesin gerudi, mesin pemecah simen, kotak SPC, cat dan besi rangka rumah.

Terdahulu, pengadu yang merupakan pengurus tapak binaan melaporkan kejadian itu dengan anggaran kerugian sebanyak RM10,000.

Kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut.

Sementara itu, Mathew berkata, seorang lagi lelaki turut ditahan pada Isnin kerana disyaki mencuri tiga mesin gerudi pelbagai jenama dengan anggaran kerugian RM800.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau, masing-masing mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (1992) dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan (1992).

“Selepas melakukan kecurian, suspek dipercayai menyimpan peralatan berkenaan di dalam sebuah bilik di rumahnya di kawasan Perumahan Baharu Kabong,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU