ARTIKEL

TAHAN…Dua lelaki ditahan dipercayai terbabit dalam kes kecurian komponen kenderaan di Jalan Matang Metrocity, di sini, Isnin lalu.

Polis tahan dua lelaki terlibat kes curi komponen kenderaan di Metrocity

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lelaki tempatan berusia 26 dan 29 tahun yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes kecurian komponen kenderaan di Jalan Matang Metrocity, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua suspek ditahan dalam dua operasi berasingan di sekitar Kuching dan Padawan, semalam.

Menurutnya, tangkapan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching antara jam 1.40 petang hingga 2.40 petang.

“Hasil tangkapan itu, polis turut merampas satu keping resit jualan untuk membantu siasatan lanjut.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedua-dua suspek tambah Alexson, direman selama empat hari selepas permohonan reman diluluskan oleh Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan kerana melakukan kecurian komponen kenderaan.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun serta boleh dikenakan denda.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Ruddy Oon Bin Hasan, di talian 010-4088182 atau Bilik Gerakan IPD Kuching di talian 082-244444.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

BERITA LAIN

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk

BERITA TERBARU

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk