ARTIKEL

Polis tahan dua pengasuh disyaki dera, abai kanak-kanak di taska

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian kanak-kanak di sebuah taska di Semenyih, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kedua-duanya yang berusia 22 tahun ditahan pada 29 Jan lepas, susulan polis menerima laporan daripada seorang wanita pada 27 Jan lepas yang menemukan kesan lebam pada dahi bayi perempuannya berusia 11 bulan semasa mengambilnya dari taska berkenaan, namun tidak pasti puncanya. 

“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup di taska itu mendapati mangsa (bayi perempuan) telah terjatuh dari kerusi bayi.

“Ibunya memaklumkan menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang menghantar beberapa video memaparkan perbuatan disyaki penderaan dan pengabaian terhadap mangsa oleh pengasuh di taska itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dihantar ke taska itu sejak Ogos 2023 manakala hasil pemeriksaan fizikal di Hospital Kajang mengesahkan mangsa mengalami kecederaan ‘soft tissue injury over frontal’ (kecederaan tisu lembut pada bahagian hadapan kepala).

Mohd Zaid berkata kedua-duanya yang negatif terhadap dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau telah diberi jamin setelah keterangan diambil.

Siasatan katanya dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Mohamad Faeez Norzah menerusi talian 013-2773 407. – BERNAMA

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU