ARTIKEL

Polis tahan lelaki dipercayai curi motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kes kecurian motosikal di Bintangor baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superitendan Polis (DSP) Sekam Anoi berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Meradong di Kampung Baru Sarikei.

Berikutan itu katanya, suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, dia juga didapati memiliki tiga rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis mengalu-alukan orang awam menyalurkan maklumat berhubung dengan kejadian jenayah serta kes kecurian menerusi talian 084-693 222 untuk mengesan suspek yang terlibat dengan perlakuan jenayah ini.

BERITA LAIN

Polis buru lelaki curi wang OKU

PADAWAN: Polis sedang memburu lelaki yang disyaki mengeluarkan sejumlah wang milik seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dari bank tanpa pengetahuan mangsa. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU