ARTIKEL

Polis tahan lelaki miliki dadah bernilai RM606

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun ditahan dalam satu operasi polis di Kampung Bintawa, semalam, dengan rampasan dadah disyaki jenis methamphetamine bernilai RM606.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dilakukan sekitar jam 3 petang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemukan 11 paket plastik lutsinar mengandungi dadah dengan berat keseluruhan kira-kira 5.51 gram.

“Ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexson berkata, semakan rekod mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

“Suspek kini direman selama empat hari bermula 17 hingga 20 Disember bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kejayaan ini adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama masyarakat setempat dan mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia dalam membanteras kegiatan pengedaran dadah,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyalahgunaan atau pengedaran dadah supaya menyalurkannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menerusi Hotline JSJN di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU