ARTIKEL

Polis Tahan Lelaki Miliki Dadah di Kampung Penipah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu operasi di Kampung Penipah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Muhamad Rizal Alias berkata, tangkapan dilakukan sekitar jam 11.50 pagi oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.

Menurutnya, semasa serbuan dilakukan, suspek berusia 31 tahun itu baru pulang ke rumah dengan menunggang motosikal sebelum ditahan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas suspek membawa kepada penemuan satu keratan tiub straw lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine atau Syabu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut, dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Siasatan awal mendapati suspek mengaku telah mengambil dadah sejak tahun 2023. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Mukah pada 4 November 2025 di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.

IPD Mukah menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras segala bentuk aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti seumpama itu diminta menghubungi talian hotline IPD Mukah di 084-871222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU