Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Polis tahan lelaki pukul wanita menggunakan tukul

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MIRI: Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai memukul seorang wanita menggunakan tukul.

Suspek, 56, ditahan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri di sebuah rumah di Jalan Padang Kerbau Pujut, di sini semalam

Tangkapan dibuat kurang satu jam selepas mangsa, 56 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku di dalam sebuah kedai runcit di Pujut kira-kira jam 10 pagi.

Dalam kejadian itu, suspek turut menarik rambut mangsa yang berusia 56 tahun tanpa sebab yang jelas.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan tersebut.

Dalam tangkapan tersebut, polis turut merampas sebatang tukul besi dipercayai digunakan oleh suspek dalam insiden tersebut.

Suspek telah ditahan reman di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News