ARTIKEL

Polis tahan lelaki, rampas dadah bernilai lebih RM1.7 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM1.7 juta dalam serbuan di sebuah kediaman di Segambut di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Basri Sagoni berkata serbuan berkenaan dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Beliau berkata dalam serbuan berkenaan polis merampas dadah jenis serbuk MDMA (1167.4 gram), pil Erimin 5 (69.2 gram), pil ekstasi (186.63 gram), ketamin (1158.9 gram) dan pil yaba (7.27 gram).

“Keseluruhan dadah dirampas boleh menampung penggunaan sebanyak 349,872 orang pada satu masa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata lelaki berkenaan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine manakala hasil semakan rekod jenayah mendapati dia memiliki 13 rekod jenayah lampau.

Basri berkata siasatan awal mendapati lelaki yang merupakan penganggur itu terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak enam bulan lepas.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengenal pasti ahli sindiket lain dan sumber bekalan diperolehi,” katanya menambah lelaki itu direman seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur