ARTIKEL

TANGKAP… Suspek ditahan disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam satu operasi khas Op Tapis IPD Saratok di kawasan Kabong, hari ini.

Polis tahan lelaki tempatan disyaki edar syabu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun diberkas selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam satu operasi khas Op Tapis IPD Saratok di kawasan Kabong, hari ini.

Ketua Polis Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dilakukan sekitar jam 10 pagi oleh Pasukan Khas IPD Saratok hasil maklumat risikan yang membawa kepada pemeriksaan terhadap suspek di lokasi kejadian.

“Dalam pemeriksaan tersebut, pasukan operasi menemui lapan paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang disimpan dalam beg silang milik lelaki terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mathew, suspek yang berasal dari Kampung Alit, Kabong itu kemudian ditahan serta-merta sebelum dibawa ke Balai Polis Saratok untuk tindakan lanjut termasuk ujian saringan air kencing.

RAMPAS… Dadah yang dirampas dalam kegiatan pengedaran dadah dalam satu operasi khas Op Tapis IPD Saratok di kawasan Kabong, hari ini.


Beliau berkata, ujian awal mendapati suspek positif dadah jenis amfetamin dan methamphetamine, sekali gus mengukuhkan syak awal pihak berkuasa terhadap penglibatannya dalam aktiviti penyalahgunaan bahan terlarang.

“Hasil semakan rekod turut mendapati lelaki berkenaan mempunyai enam rekod lampau melibatkan kesalahan dadah serta jenayah lain termasuk curi dan ugutan.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil