ARTIKEL

Polis tangkap pemandu langgar burung merpati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Seorang pemandu teksi di Tokyo ditangkap kerana sengaja memandu ke arah sekumpulan burung merpati dan membunuh seekor, kata polis pada Selasa.

Pemandu itu dilaporkan berbuat demikian kerana marah dengan kehadiran kumpulan burung itu berada di atas jalan raya.

Seorang jurucakap polis Tokyo memberitahu AFP, Atsushi Ozawa, 50, menggunakan keretanya untuk membunuh seekor burung merpati biasa, yang bukan haiwan buruan, di ibu kota Jepun bulan lalu, dan telah ditangkap pada Ahad kerana melanggar undang-undang perlindungan hidupan liar.

Ozawa memecut teksi yang dipandunya dari lampu isyarat apabila ia bertukar hijau, merempuh kumpulan burung pada kelajuan 60 kilometer sejam, kata media tempatan.

Bunyi kuat enjin teksi berkenaan dilaporkan menyebabkan orang yang lalu lalang melaporkan kejadian itu. Polis Tokyo mengarahkan doktor haiwan melakukan bedah siasat ke atas merpati malang itu dan menentukan punca kematiannya sebagai kejutan traumatik, menurut media tempatan. “Jalan raya adalah milik manusia, jadi merpati sepatutnya mengelak,” Ozawa dipetik media tempatan sebagai memberitahu penyiasat. Polis menyifatkan tingkah lakunya itu sebagai “sangat berniat jahat” bagi seorang pemandu profesional, sebelum memutuskan untuk meneruskan penahanan, kata penyiar Fuji TV.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU