ARTIKEL

Polis temui mayat lelaki terapung dalam sungai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Mayat seorang lelaki warga tempatan berusia 57 tahun ditemui terapung di dalam sungai di Lake Shore Senadin dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada jam 10.23 pagi.

Katanya, setelah menerima laporan mengenai kejadian berkenaan, sepasukan pegawai dan anggota segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi kejadian mendapati bahawa mangsa lemas dipercayai seorang lelaki dewasa terapung di dalam sungai seperti yang dilaporkan oleh pihak polis sebelumnya.

“Setelah membuat size-up, pasukan bomba membuat operasi mengangkat mangsa tersebut ke tebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu katanya, pihak bomba bertindak menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Setelah keadaan terkawal, pihak bomba bertindak menamatkan operasi pada jam 11.38, kemudian terus bertolak balik ke balai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU