ARTIKEL

JAWAB SOALAN… Mohamad Zainal menjawab soalan daripada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.

Polis Tidak Berkompromi Kes Rempuh Sekatan Jalan Raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang merempuh sekatan jalan raya (SJR), sebaliknya akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang bagi memastikan kesalahan sedemikian menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek yang merempuh SJR baru-baru ini akan berdepan beberapa pertuduhan di bawah Akta Polis 1967, Kanun Keseksaan dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan diteruskan sebaik sahaja laporan jabatan kimia diperoleh bagi mengesahkan kandungan alkohol di dalam badan suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.

Mohamad Zainal menambah, selain kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, suspek turut didakwa kerana melanggar sekatan jalan raya, menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta kesalahan lain di bawah kanun keseksaan yang berkaitan dengan kejadian tersebut.

Tambahnya, hukuman ke atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol juga lebih berat selepas pindaan Akta Pengangkutan Jalan.

Mengulas perkembangan kes itu, Mohamad Zainal berkata, pegawai kanan polis yang cedera selepas dirempuh dalam kejadian berkenaan kini berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan keluar dari hospital.

“Beliau hanya menerima rawatan seketika di hospital, namun mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat dirempuh,” katanya.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 29 tahun dijatuhkan hukuman penjara 27 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah merempuh sekatan jalan raya (SJR) dan melanggar seorang pegawai kanan polis ketika Ops Bersepadu Cegah Jenayah.

“Pihak media juga dialu-alukan untuk mengikuti operasi bersepadu yang dijalankan di mana-mana daerah di Sarawak bagi melihat sendiri pelaksanaan penguatkuasaan di lapangan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU