ARTIKEL

Mancha menjawab soalan daripada pemberita.

Polis tidak pernah telefon suspek, orang ramai untuk maklumkan mereka melakukan kesalahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan panggilan telefon palsu yang kononnya mendakwa mereka terlibat dalam kes-kes jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, polis tidak pernah menghubungi suspek atau orang ramai melalui telefon untuk memaklumkan mereka melakukan kesalahan.

“Sindiket ini akan memaklumkan bahawa mangsa terlibat dalam kes-kes jenayah, penyalahgunaan dadah dan sebagainya, dan memberitahu bahawa kes tersebut boleh diselesaikan melalui pegawai tertentu.

“Saya menegaskan bahawa polis tidak akan memaklumkan kepada individu melalui telefon bahawa mereka telah melakukan kesalahan jenayah.

“Jika ada, kita akan panggil ke balai untuk mendapatkan keterangan atau kita akan menahan suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Serah
Terima Tugas Ketua Polis Daerah Padawan,
Matu Daro dan Serian di Mes Pegawai Kanan
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, petang tadi.

Pada majlis itu, Mancha menyaksikan serah terima tugas antara DSP Lim Jaw Shyong dengan Superintendan Mohd Irwan Hafiz Mohd Radzi yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Padawan baharu.

Sementara itu, mantan Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Neil Beginda serah tugas kepada DSP Rahim Mihos, dan mantan Ketua Polis Daerah Serian, ASP Suriah Seleh serah tugas kepada DSP Neil Beginda.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Ibrahim Darus.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil