ARTIKEL

Polis UK guna AI tapis panggilan palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Polis United Kingdom (UK) akan menggunakan perisian kecerdasan buatan (AI) untuk menapis panggilan palsu ke talian 101 yang mengendalikan panggilan bukan kecemasan, menurut Kementerian Dalam Negeri, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Perisian AI baharu akan mengurangkan tempoh menunggu bagi orang ramai yang mahu melaporkan jenayah kepada polis, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan talian 101 yang menerima banyak panggilan tersalah salur, gangguan dan gurauan,” menurut kenyataan itu.

AI berkenaan akan memadankan jenis panggilan masuk dengan perkhidmatan yang paling sesuai untuk mengendalikannya.

Pihak berkuasa menjangkakan inisiatif itu dapat menjimatkan kos polis sehingga £8.5 juta (US$11.5 juta) setahun.

Kira-kira 20 peratus daripada 20 juta panggilan yang diterima talian 101 setiap tahun merupakan panggilan palsu.

Talian itu turut menerima aduan mengenai perkara seperti penghantaran piza yang lewat, perkhidmatan lambat di pub dan permintaan untuk mendapatkan tumpangan kenderaan, menurut laporan itu. — Bernama

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU