ARTIKEL

Dr Zamzam ketika memberi ucapannya penutupan bagi Majlis Penutupan Program Kem 21: Menyepadukan Literasi 2025 di sini, hari ini.

Politeknik Mukah & JPPKK Cetus Inovasi Pendidikan Melalui Kem Literasi 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) secara aktif dalam pendidikan TVET menyerlah sebagai pencapaian utama Kem 21: Menyepadukan Literasi 2025 yang berlangsung selama empat hari di Muzium Budaya Borneo, di sini.

Program anjuran Politeknik Mukah dengan kerjasama Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menghimpunkan 80 pelajar dari politeknik dan kolej komuniti seluruh negara bagi meneroka hubungan antara warisan, literasi dan teknologi dalam konteks pendidikan masa depan.

Pengarah Bahagian Kurikulum JPPKK, Dr Zamzam Mohd Walid berkata, program tahun ini memberi penekanan kepada AI, Pemikiran Reka Bentuk dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 11 yang menyentuh aspek komuniti dan kelestarian budaya.

Suhaili Aleh ketika memberi ucapannya Majlis Penutupan Program Kem 21: Menyepadukan Literasi 2025 di sini, hari ini.

“Pelajar hari ini bukan sahaja perlu celik teknologi, tetapi juga mampu berinteraksi dengan AI secara beretika dan bertanggungjawab. AI bukan sekadar alat, tetapi pelengkap kepada usaha memelihara identiti budaya dalam landskap moden,” ujarnya ketika hadir Majlis Penutupan Program Kem 21: Menyepadukan Literasi 2025 di sini, hari ini.

Tambah beliau, kem ini menjadi medan pelajar memanfaatkan teknologi dalam mempromosikan warisan Sarawak melalui penghasilan projek inovatif berasaskan media kreatif dan realiti terimbuh (AR), sekali gus menjadikan budaya lebih mesra generasi muda.

Manakala, Pengarah Politeknik Mukah, Suhaili Aleh pula menyifatkan penganjuran kem kali ini sebagai satu perjalanan pembelajaran yang menghubungkan masa lalu dan masa depan sesuai dengan tema “Merentasi Masa: Di Persimpangan Warisan, Literasi, dan Kecerdasan Buatan”.

“Ini bukan hanya program Bahasa Inggeris tetapi juga satu platform untuk melatih dan membina pelajar yang kritis, yakin, inovatif dan bertanggungjawab terhadap masyarakat,” katanya.

Menjelas lanjut, beliau berkata bahawa sejak Kem 21 ini diperkenalkan enam tahun lalu, ia telah berkembang daripada program literasi bahasa kepada pendekatan interdisiplin yang turut menggabungkan nilai budaya, teknologi dan kelestarian sejagat.

“Sepanjang program, pelajar didedahkan kepada bengkel, projek kolaboratif dan pembentangan kreatif yang menggalakkan mereka untuk bertanya, berfikir dan beraksi. Oleh itu, pelajar yang terlibat bukan sahaja dapat belajar tetapi juga mampu menjadi duta budaya dan komuniti.

KENANGAN… Peserta merakam kenangan setelah berjaya menamatkan program selama empat hari di Kem 21: Menyepadukan Literasi 2025 di sini, hari ini.

“Kelancaran dan kejayaan kem ini berkat sokongan daripada pihak Bahagian Kurikulum JPPKK atas kepercayaan terhadap penganjuran program, Muzium Budaya Borneo dan Jabatan Muzium Sarawak selaku tuan rumah, serta rakan kerjasama Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA) dan Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Bumiputera Sibu,” jelasnya.

Beliau turut menitipkan pesanan kepada pelajar agar menjadikan pengalaman di Kem 21 sebagai panduan untuk masa depan.

“Komunikasi yang baik, pemikiran kreatif dan keprihatinan terhadap budaya serta masyarakat adalah petunjuk sebenar kepada kejayaan. Dan saya percaya semua nilai ini telah pun tertanam dalam diri anda,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan