ARTIKEL

KEKAL CEMERLANG... Pasukan polo air wanita Sarawak.

Polo air wanita Sarawak teruskan momentum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Skuad polo air wanita Sarawak meneruskan momentum kemenangan apabila menewaskan tuan rumah Selangor, 10-9, dalam saingan di Pusat Akuatik Selangor, semalam.

Kemenangan sengit itu menyaksikan Sarawak mencatat tiga kemenangan daripada tiga perlawanan setakat ini, selepas menewaskan Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Sarawak kini berusaha menamatkan kempen liga satu pusingan dengan kemenangan seterusnya apabila berdepan Negeri Sembilan esok.

Dalam perkembangan lain, seramai 14 atlet terbaik akan menggalas cabaran Sarawak dalam acara sukan layar pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Penolong Ketua Kontinjen (ACDM) Sarawak, Datuk Rosey Yunus, berkesempatan mengadakan pertemuan dengan atlet dan jurulatih pasukan berkenaan.

Pada pertemuan itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Wanita, Keluarga, Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak menyampaikan kata-kata semangat dan motivasi kepada atlet agar memberikan persembahan terbaik.

Beliau turut menaruh harapan agar pasukan layar mampu menghadiahkan pingat emas kepada Sarawak pada edisi kali ini.

Rosey turut menyerahkan baju dan topi kepada barisan atlet serta jurulatih untuk digunakan sepanjang sesi latihan sebagai tanda sokongan kepada pasukan berkenaan.

Pasukan layar Sarawak dibimbing Ketua Jurulatih, Jamil Ali, bersama dua lagi jurulatih pada saingan kali ini.

Pertemuan berkenaan turut memberi peluang kepada Rosey meninjau persiapan pasukan serta menyuntik semangat kepada atlet sebelum mereka turun membawa cabaran Sarawak dalam temasya sukan dwitahunan itu.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU