ARTIKEL

Pondan dipercayai mabuk serang pegawai perubatan, pecahkan cermin belakang ambulans di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pondan dipercayai mabuk bertindak memecahkan cermin pintu belakang sebuah ambulans dan menyerang seorang pegawai perubatan berhampiran Bank CIMB di Satok, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani mengesahkan kejadian berlaku ketika ambulans terbabit dalam perjalanan menuju ke Batu Lintang sekitar jam 6.20 petang.

Menurutnya, suspek yang merupakan warga tempatan berusia 19 tahun itu secara tiba-tiba bertindak mendepakan tangannya di tengah jalan raya menyebabkan pemandu ambulans tersebut memberhentikan kenderaan.

“Laporan mendapati suspek secara tiba-tiba bertindak memecahkan cermin belakang kenderaan terbabit lalu menjerit tanpa diketahui punca.

“Mangsa cuba membawanya ke tepi jalan namun suspek seterusnya bertindak agresif sehingga menyebabkan baju Peralatan Perlindungan Diri (PPE) mangsa terkoyak,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, akibat kejadian berlaku pergelutan antara kedua-duanya di mana mangsa mendapat cedera dan suspek melarikan diri.

Dedahnya, mangsa merupakan seorang penolong pegawai perubatan berusia 33 tahun bersama pemandu ambulans dan jururawat ketika kejadian.

Susulan itu, katanya, suspek berjaya diberkas di kawasan lorong Satok sekitar jam 10.30 malam.

Ujarnya, suspek telah pun direman dan kes masih lagi dalam siasatan di bawah Seksyen 323/427/186 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Presiden El-Sisi Jemput Agong, PM Lawat Mesir

KUALA LUMPUR: Presiden Abdel Fattah El-Sisi menjemput Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melawat Mesir. Undangan itu turut dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.