ARTIKEL

Portugal larang pemakaian penutup muka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Portugal melarang pemakaian penutup muka di tempat awam selepas Presiden Antonio Jose Seguro menandatangani undang-undang yang pada asalnya dicadangkan parti berhaluan kanan Chega.

Seguro meluluskan langkah itu pada Selasa sambil menyatakan ia menangani isu yang mempunyai “sensitiviti sosial dan budaya yang tinggi”, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan Istana Belem, kediaman rasmi presiden di Lisbon. Beliau berkata pindaan yang dibuat semasa proses di Parlimen telah meyakinkannya untuk menandatangani undang-undang itu.

Seguro menyebut integrasi sosial, prinsip tanpa diskriminasi dan keselamatan awam sebagai antara alasan menyokong langkah itu, selain keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah berkaitan pemakaian penutup muka.

“Bagi Presiden Republik, wajah yang tidak ditutup merupakan aspek asas yang membentuk kepercayaan sosial, satu ciri masyarakat Portugal. Kehidupan bersama sehari-hari berasaskan pengiktirafan bersama dan kemungkinan untuk mewujudkan hubungan secara langsung antara individu,” menurut kenyataan itu.

“Dan menerima bahawa wanita, dan hanya wanita, mesti menutup seluruh wajah mereka menunjukkan satu asimetri yang bertentangan dengan nilai kesamaan serta martabat yang sama antara lelaki dan wanita, nilai yang membentuk demokrasi Eropah,” menurut kenyataan itu.

“Sebaliknya, dalam masyarakat bebas seperti negara kita, setiap individu sepatutnya dapat menjalani kehidupan menurut identiti dan kepercayaan masingmasing dalam kerangka peraturan bersama yang menyediakan ‘pengalaman bersama’, konsep yang diterima oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah,” menurut kenyataan itu.

Amnesty International Portugal mengkritik undang-undang itu sebagai berdiskriminasi dengan berkata ia mengancam hak wanita Islam yang memilih untuk menutup wajah mereka.

Portugal menyertai beberapa negara Eropah termasuk Perancis, Belgium, Austria, Denmark dan Belanda yang mengenakan sekatan penuh atau sebahagian terhadap pemakaian penutup muka di tempat awam. – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke