ARTIKEL

Gambar hiasan

Positif Dadah, Remaja Bawah Umur Diperintah Ke Sekolah Tunas Bakti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja perempuan diperintahkan ke Sekolah Tunas Bakti Miri selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis ketamin, Mei lalu.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan memerintahkan demikian terhadap pesalah kanak-kanak berusia 16 tahun itu selepas pendengaran laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hari ini.

Tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) Akta yang sama.

Dia melakukan kesalahan itu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching, sekitar 3.05 pagi, 19 Mei lepas.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pihak polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching menahan seorang remaja perempuan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah.

Kemudian, laporan sampel urin tertuduh dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak turut mengesahkan tertuduh positif dadah jenis ketamin.

Mahkamah memerintahkan tertuduh di bawah Pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama satu tahun selepas menyelesaikan perintah mahkamah.

Mahkamah juga memerintahkan ibu bapa remaja terbabit melawat anak mereka dua bulan sekali.

Difahamkan, tertuduh bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam dan ditangkap pihak polis dalam satu serbuan.

BERITA LAIN

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta

BERITA TERBARU

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta