ARTIKEL

Ali menafikan penglibatan dalam kerja pemasangan kain rentang yang menolak penyandang kerusi N.67 Jepak, Iskandar Turkee.

Poster tolak penyandang Jepak muncul semula, Ali nafi terlibat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kemunculan semula beberapa poster dan kain rentang yang menolak pencalonan semula penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Iskandar Turkee, di beberapa lokasi sekitar kawasan itu menarik perhatian menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13.

Pemasangan bahan berkenaan turut menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai pihak yang bertanggungjawab, termasuk dakwaan yang mengaitkan beberapa individu dengan gerakan itu.

Antara nama yang dikaitkan ialah Muhammad Ali Mohamad Asfia, namun menerusi kenyataan di media sosial, beliau menafikan sekeras-kerasnya terlibat dalam kerja pemasangan kain rentang yang menolak penyandang kerusi DUN Jepak itu.

Beliau berkata, semakin ramai pihak mengaitkan dirinya dengan pemasangan bahan itu, namun beliau menegaskan tidak mahu dikaitkan dengan tindakan sedemikian.

“Maaf, kerja seperti itu terlalu rendah bagi saya. Tambahan pula, kualiti banner itu amat teruk sehingga saya sendiri berasa malu apabila dikaitkan dengan perbuatan memfitnah dan memasang bahan yang tidak sepatutnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Ali turut mencabar mana-mana pihak yang mendakwa beliau terlibat supaya mengemukakan bukti, selain mengingatkan penyokong kedua-dua pihak, termasuk pasukan media sosial penyandang dan kumpulan yang menentangnya, agar tidak membuat tuduhan tanpa asas.

Menurutnya, tindakan mengaitkan seseorang dengan perbuatan yang tidak dilakukan boleh membawa kepada fitnah dan merupakan satu kesalahan besar.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya memastikan setiap tindakan dilakukan dengan niat ikhlas, hati yang bersih dan penuh kejujuran bagi mengelakkan perselisihan serta tuduhan tidak berasas berpanjangan.

Kemunculan semula poster itu sekali gus menarik perhatian terhadap perkembangan politik di DUN Jepak, khususnya isu pencalonan dan sokongan akar umbi terhadap penyandang kerusi itu menjelang PRN akan datang.

Untuk rekod, Iskandar memenangi kerusi DUN N.67 Jepak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 4 November 2023 sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) susulan pemergian Allahyarham Datuk Talip Zulpilip pada 15 September tahun yang sama.

Beliau yang juga Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.67 Jepak kini menjadi tumpuan susulan kemunculan bahan bantahan itu, yang menimbulkan persoalan mengenai penerimaan dan sokongan terhadap kepimpinannya di peringkat kawasan.

BERITA LAIN

Samalaju kukuh sebagai hab perindustrian sedekad

BINTULU: Transformasi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.70 Samalaju sepanjang 10 tahun membuktikan potensi kawasan itu sebagai hab perindustrian dan pintu masuk ekonomi baharu. Timbalan

Projek RM6.3 juta SK Salah Kechil siap lebih awal

TANJONG MANIS: Penantian warga Sekolah Kebangsaan (SK) Salah Kechil untuk menikmati prasarana pendidikan lebih selesa berakhir apabila projek pembinaan semula sekolah bernilai RM6.3 juta berjaya

BERITA TERBARU

Samalaju kukuh sebagai hab perindustrian sedekad

BINTULU: Transformasi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.70 Samalaju sepanjang 10 tahun membuktikan potensi kawasan itu sebagai hab perindustrian dan pintu masuk ekonomi baharu. Timbalan

Projek RM6.3 juta SK Salah Kechil siap lebih awal

TANJONG MANIS: Penantian warga Sekolah Kebangsaan (SK) Salah Kechil untuk menikmati prasarana pendidikan lebih selesa berakhir apabila projek pembinaan semula sekolah bernilai RM6.3 juta berjaya